Okay jom sambung balik.
15.12.13
Pada malam selepas majlis perkahwinan Encik Boss kami, semua staff Taste Two Sdn. Bhd sebulat suara setuju untuk pergi ke Bukit Table Tawau. Mahu pergi bermandi-manda dan bereakreasi sesama staff. Yuhuu! Semua happy sakan. Yehay!
Rombongan kami pada pagi itu sepatutnya bertolak pada pukul 9pg, tetapi ditangguhkan sehingga pukul 11.30pg. Boss juga turut menyumbang makanan dan minuman untuk kami bawa ke Bukit Table pada pagi itu dan kami bertolak menaiki van Taste Two. Everything is set and done! Saya pula mengikuti rombongan pusingan ke-dua kerana muatan yang "padat" untuk first trip.
Untuk rombongan pusingan pertama hari tu, saya tidak tahu dan tidak pasti cerita mereka. Yang pasti rombongan mereka tiba dahulu untuk "memberitakan" kedatangan kami. HAHA Manakala rombongan ke-dua pula tiba ditempat kejadian mungkin sekitar pukul 12.30 . Setibanya kami, rombongan pertama memang sudah basah lecun kerana terlebih dahulu terjun ke sungai. -,- tak sabar-sabar!
Well, saya memang datang sehelai sepinggan kecuali bersama air sebotol, skarf oren dan of course! Novel. Dari rumah memang sudah set yang saya tidak akan mandi sungai hari tu. Cukuplah hanya turun padang bergembira bersama rakan-rakan sekerja kerana peluang ini tidak mungkin ada yang ke-dua kalinya. Jarang sangat dapat peluang keemasan begini disebabkan masa berkerja yang panjang dan padat kalau saya cuti yag lain kerja. Haiy hidup. Haiy badan. Walaupun masa tu sangat penat, penat yang masih dibawa-bawa dari persiapan majlis boss, ke hari besar boss dan hari untuk ke Bukit Table. Seriously, pada masa tu kaki sangat sakit macam mau patah. Betis pun sakit gila. Mungkin sebab terlalu banyak berdiri semasa persiapan majlis perkahwinan boss hari tu. :( "anything for you boss" ah, amek kau!
So, saya konon berangan hanya akan main di kaki-kaki sungai tu sahaja, lepas tu cari spot untuk duduk santai dan walah! BACA NOVEL, menghayati suasana. Ah! Mimpi May, mimpi. Sebab pada hari tu, Alexi (Chief kami) pun turut serta dalam rombongan, Alexi ni dari KL, so takkan lah aku nak biar dia kebosanan tanpa dapat melihat suasana dan kecantikan hutan Table ni. Mak ai. Sadis-sadis, tutup novel dan berborak dengan dia dan Oh! Azslan pun ada. Okay =) So, Alexi ada bertanya-tanya sikit dengan kawasan rekreasi Table ini. Yang melucukan, dia tanya kalau-kalau puak kanival ada dikawasan ni. Hehehe. Selepas berborak seketika, saya dan Azslan berfikir untuk ajak Alexi pergi memantau kawasan sekeliling.
On our way pergi "mansau-mansau" kata orang dusun yang bermaksud jalan-jalan, kami jumpa serangga yang pelik-pelik, semut, bukan semut alang-alang ye, dia semut yang besar. Kalau masa tu saya ada bawa camera tentu sudah dirakamkan gambar si Sang Semut dan serangga tu.Dalam kami ber-tiga yang paling excited semacam adalah Alexi sebab tak pernah nampak semut ataupun serangga sebesar itu. Well, for me and Azslan kami memang pernah masuk kawasan ni, so memang biasa-biasa sahaja perasaan.HAHAHA. So, sebab dalam ekspedisi ronda-ronda tu mostly saya yang banyak explain-explain, CEH! so we played teacher's and student's role. Saya jadi cikgu, mereka berdua jadi student saya. So, ala-ala ekspedisi dalam hutan lah! HAHA
Well, for everyone's knowledge, memang kawasan rekseasi Table ni turut menjadi tumpuan kajian saintis. Sebab kawasan ini memang pendalaman, and tempat ni memang terkenal dengan Pokok terbesar di Asia kalau tak silap saya. -,- So mostly the scientist spends their months here studying the floras and faunas.
well, for me, pengetahuan saya tentang hutan ni masih "cetek". Enough! kami sudah sampai ke jelajah air terjun lama yang sudah di pagar untuk mengelakkan orang lain masuk ke kawasan berbahaya tu. Setahu saya, masih ada satu lagi air terjun yang baru di buka untuk kawasan rekreasi.Tapi mungkin laluan ke sana masih belum dibuka, sebab belum ada apa-apa papan petanda untuk ke kawasan tu. Selepas cuci mata dan bingit dengan bunyi arus air terjun yang deras, kami pun melangkah ke destinasi seterusnya.
Destinasi seterusnya adalah turun ke satu bahagian sungai yang terletak di bawah, well kawasan bukit kan, so memang tak rata jalan dia. Masa turun ke sungai bawah, kami bertiga nampaklah ada satu laluan masuk, so sebab semangat ekspedisi kami masa tu memang setinggi-tinggi Gunung Kinabalu, so we decided to walk in. Mungkin dah masuk 15 minit kami masuk ke laluan tu tak jumpa apa pun selain serangga pelik dan pokok-pokok yang tinggi. Time tu pulak saya sudah rasa pelik di bawah kawasan kaki saya, guess what? Apa lagi! PACAT!!!!!!!! ergh! sangat gelii, luckly Azslan tolong cabutkan! Hesy!
After that pacat kes, Cikgu nya tak mahu teruskan sudah! Pucat gila kena gigit pacat tu. :( Lepas tu aku dah senyap and we head our way back to our friends. Punyalah jahat mamat dua orang ni ketawakan aku! Tapi masa kami otw keluar dari hutan tu, rupanya ada 3 orang lelaki yang sudah masuk ke kawasan hutan tu. Rupanya, kalau kami teruskan, ada jambatan bergantung sana! Rugikan kalau tak pergi So we looked each other. Yeah, we decided to go in! Hohoho.
Apa yang melucukan tentang ekspedisi ni, sebab ada beberapa adegan lucu bila kami kena serang Sang Pacat tu. Aku memang tak hairanlah wei, aku kan perempuan? Tapi bila si Alexi tu menjerit, aku memang tak boleh terimalah. HAHA. Lepas tu, kami pulak buat-buat macam saintis hebat tentang hutan. Oh, kalaulah monyet-monyet tu dengar, mungkin kami kena gelak. -,-
Penat gila untuk sampai ke kawasan yang ditujui tu. Nasiblah saya ada bawa air, habis sebotol kami terpaksa share. Tak apalah. I think dekat sejam lebih untuk sampai ke sana dan turun semula. Oh, penat!
Here are some of the photos we take when we arrived there :)
tak, yang ni masa ready to go! with Azslan.
Inilah jambatan gantung tu. Sangat tinggi!
Me and Azslan tengah rest dibawah Jambatan
He is Alexi!
I gotta go.
will write again!
xxx
No comments:
Post a Comment