1st sebab majlis malam tu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa tetamu yang datang tidak mengikut jadual yang diberikan. Jadual? Yep, jadual. Sebab majlis boss pada hari itu dibahagikan kepada dua sesi, sesi pertama adalah pukul 5ptg - 7ptg dan sesi kedua pukul 8mlm - 10mlm. So, rasanya tidak semua tetamu malam itu sedia maklum. Of course kebanyakan sesi kedua datang awal sikit. So, terpaksa tunggu giliran sebab tidak ada tempat kosong untuk shif kedua masuk. Hm, apa boleh buat?
Sebab ke-2! Boss sangat happy malam tu, sebab dia puas hati dengan majlis dan aturcara yang kami sediakan malam tu, maklumlah semua staff bijaksana semuanya, setiap masalah yang tercetus dapat diselesaikan serta-merta. hebatkan? Sampai boss ucap terima kasih berulang-kali dalam ucapannya. you're welcome boss =)
Sebab ke-3! Boss bagi CUTIIIIIIIIIIIIII ! YEAH! So, dalam sejarah 15hb Disember 2013, staff Taste Two dapat cuti berbayar :) Punyalah happy sakan semua staff. Aku pun sudah hilang akal semasa boss buat pengumuman masa tu, menjerit tak tahu malu gadis ini. Hehehe.
Tapi, malam tu jugalah aku tension semacam sebab gambar-gambar yang saya ambil pada malam tu selepas saya copy ke desktop computer, 95% TAK BOLEH VIEW!!!! kalau staff tahu ni, confirm monyok muka semua! Adui, sudahlah muka-muka diorang semasa "Behind the scene" comel habis. Habislah aku. Aku dah minta nasihat jurugambar yang pro malam tu, dia kata sebab setting gambar yang aku gunakan adalah "RAW" so computer company pula tak boleh baca imej gambar CR2 dari canon. watde! aku macam mahu nangis tak berlagu malam tu juga. Apalah nasib aku, lepas copy gambar tu dari Canon memanglah aku dah delete! Hisy! Ada satu cara kata "abang cina" malam tu, aku boleh bawa ke kedai dan minta diorang convert semua photo aku ke JPEG. Dan diorang pun sudah tolong aku tukar setting camera. Tapi yang peliknya, kenapa gambar-gambar aku yang dulu pun ber-settingkan RAW masih boleh buka after copy? Kenapa yang malam tu tak boleh? kenapa? kenapa? whyyyyy? :( semua gambar untuk aku buat scrap book bagi boss hadiah wedding semua ada didalam. Harap2 ada shop yang boleh buka untuk aku. Please!
Jadi, aku tak dapat tunaikan janji aku masa ni, aku tahu aku janji letak gambar-gambar yang aku ambil malam tu. Paling sedih semua aktiviti behind the scene the making of Mr. JC's wedding semua didalam!
Lepas berakhirnya aktiviti malam tu ada sedikit sahaja yang sempat aku snap sebagai "tapun" untuk kamu. Tapi memang tak puaslah apa yang aku ambil, sebab diorang dah kemas!!!! Uhuk! sob! sob! sob! :'(
Ni adalah hasil nukilan saya untuk nombor-nombor meja malam tu. (yang ini pun sudah dibuka dari tempatnya )
Dan gadis comel bersama bunga-bungaan :)
Cerita seterusnya, saya akan ceritakan hari cuti bersejarah kami pula k?
Tolong doakan gambar-gambar saya ye. Semoga dapat dibuka. :'(
luv ya alls!
xxx
mayyie
No comments:
Post a Comment