Song

Friday, 13 December 2013

Boss nak kahwin!!!!!

Oh Em Ji! 
Akhirnya sampai juga tarikh yang dinanti-nanti semua warga Taste Two Sdn. Bhd.
Boss kesayangan kami iaitu Encik JC Tam akan meraihkan hari besarnya esok bersama teman-temannya dan turut disertai beberapa orang VIP. Majlis akan dilangsungkan esok (14.12.13) bertempat di Taste Two Restaurant and Bar, dimana kami semua pekerjanya akan turut membantu memeriahkan majlis beliau. (maksudnya kamilah kaki tangan pekerja yang akan sibuk melayan tetamunya esok :') )  
Dalam perancangan persediaan majlis ini, saya sendiri turut menyumbang idea, dan tenaga untuk membantu mana yang perlu. Memang penat, tapi saya sukakan cabaran dan sesuatu yang baru. Apalagi ini untuk boss kesayangan! Bukankah? Teringat pula perbincangan kami sebulan yang lalu, boss minta supaya kami "pretend" bahawa majlis yang kami uruskan ini adalah majlis untuk customer kami, boss mahu kami semua bertungkus-lumus memeriahkan majlis penting ini. Of course la boss, bukan customer pun kami pasti akan buat yang terbaik, sebab boss kan BOSS kami, majikan kami. Hehehe. 
Tugas saya dalam "Behind the scene the making of Mr. JC's special day" adalah menghias meja, menyediakan nombor meja dan menjaga bahagian Candy Bar. Kalau dengar memang fikir kerja yang mudah! senang je! Tapi tidak semudah itu kawan, untuk menghias meja setiap tetamu, meja VIP pada majlis berikut perlu wujud idea yang menarik dan unik serta sesuai dengan tema yang diberikan. Hm, tapi bahagian I no need to worry a lot sebab, ada kawan boss yang boleh pening kepala untuk ini, so aku adalah sebagai assistant-nya sahaja. Tetapi, untuk menyediakan nombor meja setiap tetamu adalah satu tugas yang diletakkan sepenuhnya pada bahu saye! Ye, bahu saye, otak saye dan tenaga saye! Dalam hal ni, saya perlu lembutkan idea saya supaya berupaya berfikir dan membuat design yang unik, maksudnya saya kena main dengan komputer lah! HAHA. Nasiblah, kemahiran boleh pakai sikit, dan design yang saya buat cukup memuaskan hati si boss. :) Malah saya banyak mengorek idea di GOOGLE manalah tahu ada yang boleh dijadikan ilham! Kalau untuk candy bar saya perlu hiaskan mejanya, meneliti stok yang diperlukan dan blablabla. Harap-harap semua berjalan lancar esok. :*



::: rekaan saya lebih kurang seperti ini, sebab boss hanya mahukan sesuatu yang ringkas dan comel :)









Tak sabar menanti hari esok! Malam ni tepat pukul 8.30malam saya dan teman boss itu akan memulakan kerja hias-menghias kami! Gambar-gambar akan saya postkan bila ada masa kelak.

      Salah satu gambar kahwin boss :)

saya akan menulis lagi! 
Jaga diri!
xxx
mayyie

No comments:

Post a Comment