Okay, kali ini rasa macam mau membebel jak pasal diri aku.
Nak post di FB macam tak muat. Malas juga post sana.
Kenapa aku nak cakap pasal diri aku? Sebab aku dah bosan! Orang yang dahulu kalanya selalu ada untuk aku, kini sudah tidak ada, sahabat sejati aku dari zaman teletubbies dahulu sudah continue study di KL, dia memang busy la sana, kadang2 kami contact juga , tapi dalam telefon jarang dapat cerita banyak. Aku pun macam sudah hilang semangat juga cerita dengan dia, entah kenapa. Tapi, aku tahu dia masih sentiasa ada untuk aku. Doakan aku ya kawan :')
Nama saya May Diaz. Orang panggil saya May. Memang akan selalu kena ejek la dengan nama ni, orang yang baru kenal pun mesti akan tanya, "May?, May ada berapa orang adik beradik? So yang lain tu nama apa? June, July?" Tak pun, paling kurang ajar "Kenapa parents bagi nama May? banyak ke adik beradik sampai takut tak ingat nama?" :) kurang sopan la bagi aku. Ni sampai sebut2 hal parents aku ni kenapa? Aku sendiri tak tanya nama kamu yang kadang2 berbin atau berbinti Abdul Mani, Sangka, dan sebagainya.
Aku jenis yang sensitif jugalah, aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, aku kalah dalam game pun nangis. Eh, salah kalau dalam bab ni bukan sensitif ini CENGENG! whatever, banyak benda yang boleh menyentuh perasaan aku. Macam tengok orang minta sedekah tepi jalan tu, budak kecik tak berselipar, orang tua menjual roti, yang menjual rokok pun aku kasihan. Biasalah, mungkin begitu sensitif. Tapi, aku perhatikan, bila sudah meningkat dewasa ni aku dah tahu kawal perasaan aku. Pernah nangis pun ketika rindukan keluarga, maklumlah duduk berjauhan, tapi lama-lama tu sudah kebah la perasaan. Kejam aku rasa aku jadi macam ni. Pernah juga menangis teruk sangat, semasa putus cinta! Haha. Ambik kau remaja!
Macam-macam perkara aku sudah lalui, aku jenis yang independent jugalah, Aku jarang berharap dengan orang lain, tapi kalau kes "manja" itu lain. Kalau bulu aku dah naik, mampus lah siapa yang aku manja tu! Tapi, jaranglah, hanya kes-kes tertentu sahaja. Aku tak berapa selesa dengan kes manja-manja atau memanjakan orang. Ops! tengok keadaan dan orangnya, kalau anak kecil, yalah tu. Aku suka. Kalau bf? HAHA LAGI LAH SUKA! gila tak suka! Tipu tu!
Kalau bab penampilan, Hm... Orang selalunya kompelin yang aku terlalu simple. Mungkin sebab aku tak pakai make up. Ya, aku tak guna semua tu, eye shadow, blusher, blablabla , no I don't and I don't know. How Pathetic! Well, lantaklah apa orang nak kata. This is me. :) *senyum mata winkwink*
Tapi, kalau bab pakaian, HAH! situ aku memang cerewet, bukan nak over apa, tapi aku tak suka guna sesuatu yang menjolok mata, yang ter-over ketat, lepas tu aku prefer Jeans and T. Dulu aku memang tak reti dan tak hendak guna heels tu. Tapi sekarang I dah pandai tahu? *tangan atas bahu ala-ala pondan* Yalah, tapi tidaklah sehebat chicks sexy diluar tu. Aku masih dalam safety user punya. tengok tempat dan situasi, kalau nak kena ayu tu kenalah pakai heels. Kalau macam mau bergerak cepat, pantas, baik tak payah! Pakai jelah kasut tu! :)
Rambut? HAH! ini lagi bab gila aku. I hate love my hair! Yep, kadang2 aku geram, kadang2 aku suka sangat. Yang aku geram? sebab orang susah nak ikat rambut aku diorang kata too soft! *ngehehehe* Yang aku suka? Sebab dia halussssss :) *muntah*
Aku pernah jaga rambut sepanjang paras pinggang aku, pernah potong sehingga atas bahu aku. Masa kecik2 dulu, nenek aku suka potong ikut suka hati dia style macam Dora the Explorer tu pun ada, tomboy, HAHA tapi sekrang rambut aku lebih paras bahu lah. Potong lurus jak. No style you can say. :)
Pasal bf? Err. Right now Im single. Takut membuka hati lagi. HAHA. Not funny.
Pasal budi pekerti atau sikap ni. Aku akui aku kadang2 panas baran jugak. Tengoklah dengan sikap orang. Selalunya aku tak boleh terima kalu dia kurang ajar sangat. Especially kalau kurang ajar dengan orang tua. NO WAY! Kalau sampai ada orang yang buat begitu depan aku, atau dengan orang tua aku? pandailah aku kerjakan. Hidup biar simple tapi hormat lah orang lain. Kan? Dan aku juga paling pantang orang teriakan aku, sama ada aku takut dengan suara besar atau aku tak suka , aku tak pasti mana satu. Biarlah, bila namanya kurang ajar, perlu dibetulkan. :)
Apalagi eh? Hm, aku sangat sayang semua orang. Tak kira bangsa atau agama. Tapi, kalau orang tu sudah macam ambil kesempatan dengan aku, aku mungkin akan ambil langkah-langkah untuk menyelamatkan diri. Aku suka dengar gosip tapi tak suka bergosip. Entah tidak pasti. Aku suka bantu orang yang kesusahan. Pernah sekali aku fikir nak belanjakan duit aku untuk beli makanan dan kemudian agihkan kepada orang-orang yang memerlukan. Tapi, aku belum mendapat sokongan dari mana-mana pihak. Dulu sebenarnya angan-angan ni dicipata bersama insan yang disayangi, tapi bila something terpelanting happen, terpaksa aku tangguhkan.
Okay, I need to stop right now. Siapa pun kita, belajarlah menerima dan memperbaiki sikap. Berbuat baik, selebihnya urusan-Nya :)
Love you alls!
xxx
mayyie
No comments:
Post a Comment