Song

Saturday, 11 January 2014

Kelmarin @ Kemarin?

Kelmarin kah kemarin?

Well, nanti saya tengok kamus.

Actually baru-baru ni macam selalu rasa bosan, empty, perasaan macam "emaknenek" risau semacam jer. Yesterday sepatutnya off aku. Sebab hari Sabtu, hanya saya seorang sahaja yang dapat cuti hari Sabtu. :)

Tapi, kelmarin/kemarin saya turun kerja jugalah setengah hari untuk bagi laporan hasil jualan dengan pihak atasan saya. mungkin sekitar pukul 12.10 minit baru saya dapat check out, sebab akhirnya boss setuju saya tak perlu hadir sama dalam meeting (Nampak sangat tak penting!) HAHA.

Saya menaiki teksi menuju ke Sabindo Plaza. (Sabindo sebenarnya adalah gabungan Sabah dan Indonesia)
Sebenarnya saya jarang juga dapat luangkan masa dengan diri sendiri. Selalunya duduk rumah jer, duduk rumah, kemas rumah, basuh kain, baca novel, menghayal, buka peti ais, tutup peti ais dan tidur. Lepas bangun tidur cycle balik macam tadi. Kecuali masa berkerja lah. So boleh cakaplah, masa saya kerja, rumah, kerja rumah. HEHEHE.

Nak ke Sabindo sebab mau jumpa Anne. Janji nak jumpa sebab nak teman dia pergi buat facial. Dia pun jemput aku ikut sekali facial tu sebab ada offer, RM50 je. Sementara tunggu Anne habis time kerja, aku pun lepak di kedai jual teddy bear! Haiyh, tak siap lagi Anne, aku pun pergi naik kedai buku tengok novel. (novel lagi, dirumah ada dua buah lagi masih baru) Tapi aku beli juga sebuah. Novel bertajuk "Pelindung Cinta" Mak aii. -,- dasar kaki novel!

Okay, blablablabla! Bapa Anne pun drive kami pergi rumah diorang dulu. Tungu giliran kami untuk pergi facial. Kami lepak dulu lah dalam bilik Anne. Macam-macam kami cerita. Anne macam biasalah duduk kompelin aku kenapa tak pakai make up, touch up sana, touch up sini. HEHE. Kawan aku semua cantik-cantik, aku jer muka macam apakah jadah. Eh, taklah, I'm simple bah. :)

Nah kan, tak jadi pergi facial. Ramai orang berbaris. -,- zzzZZZ

Okay, guess where am I lepas tu?

Tak tahu nak buat apa lagi. Aku pun buang tabiat pergi melalak (menyanyi) di K-Box. Tak pernah-pernah aku buat ni. Seumur hidup aku tak pernah masuk K-Box (tak lah teruk sangat, saja nak release tension) Ah aku nyanyilah lagu Agnes Monica (wasseh!) Adele (HAHAHA) Rihanna (-,-) dan macam-macam lagi lagu artis habis aku rosakkan. HEHEHE.

Lepas tu pukul 9 malam aku selamat sampai dirumah :")

Makan, sebab sis and bro sudah masakkan. Untungnya aku. Basuh pinggan and novel sekejap. And tumbang! zzZZZZ

xxx
Mayyie

No comments:

Post a Comment