Song

Sunday, 12 January 2014

Ketuk ketampi ?!

Tergelak sendiri, teringat peristiwa sewaktu di bangku sekolah.

Masa tu saya tengah belajar di SMK Datuk Panglima Abdullah, dah tingkatan dah pun masa tu! Tingkatan 1. Aku duduk di kelas pertama, classroom pun air-cond! Walah! HAHA. 

I guess untuk sesi terakhir kot, sekitar pukul 4.30 petang begitu, kami ada kelas Pendidikan Jasmani, kebiasaanya untuk kelas PJK ni Cikgu Sudirman jarang bawa kami bersukan dulu, dia biasa bagi nota dulu dalam kelas, lepas tu baru dia bawa kami exercise sikit. Tapi hari tu lain sikit, Cikgu Sudirman bagi arahan untuk aku inform kawan-kawan sekelas aku supaya terus berkumpul di padang lengkap dengan seragam sukan (maklumlah time tu aku menjawat jawatan sebagai Ketua Kelas! ehem-ehem!) Aku pun pergilah inform kawan-kawan aku, tapi diorang ni nama jak aku Ketua Kelas satu arahan aku pun tak mahu dengar. Akhirnya kami lewat sampai pergi padang!

Cikgu Sudirman pun sudah panas punggung tunggu kami di gelanggang bola tampar. Aku memang gentar sikit sudah time tu. Risau Cikgu marah aku. Nah, memang betul pun tekaan aku, orang pertama kena das tembakan dari mulut Cikgu, akulah! Habis aku kena menjawab leterannya, dia kata ketua kelas kena tegas, kena ni kena tu! Lepas tu, dia kata sebelum denda orang lain, kena denda ketuanya dulu! Haiyh, apalah nasib aku jadi Ketua. Habis aku juga kena tomahannya.

So, denda yang aku dikenakan? Cikgu nak aku Ketuk Ketampi! Ketuk Ketambi 10 kali!

Actually, sahabat-sahabat sekalian (suara dah berketar) Aku sebenarnya tak tahu apa itu KETUK KETAMPI! SUMPAH TAK TAHU!

Cikgu tu jerit lagi nama aku, sambil dia tunjuk atas simen (Tempat pembuangan najis, yang atas dia disemen tu,) "May! Cepat ke sini (tunjuk arah simen tu lagi) buat ketuk ketampi 10 kali! Cepat!" Aku dalam kepala otak memang macam orang tengah buka kamus nak cari maksud ketuk ketampi tu apa! Lepas tu aku buat andaian sendiri, mungkin ketuk ketambi ni bahasa P-Ramlee dulu-dulu kot? And aku perhatikan Cikgu tu asyik tunjuk jari dia ke arah simen tu. So aku pun senyum! Ya! KETUK SIMEN tu!!! aku fikirkan ketampi adalah bahasa dulu-dulu yang bermaksud simen! HAHAHA

Dalam hati aku, baiknya Cikgu suruh aku ketuk simen ni 10 kali jak, takdalah penat. Yang ni 50 kali, 100 kali, 200 kali pun sanggup! Senang je, ketuk jak simen tu 10 kali! HAHAHHAHA

Aku pun duduk la, lepas tu aku genggam jari dan KETUK simen tu sambil jerit satu, dua , tiga , emp. . . . ! Cikgu Sudirman sudah jerit nama aku! Marahnya Cikgu, dia ingat aku perbodohkan dia, habis aku kena lari padang 30 kali kawan! Sedihnya! Masa tu aku tak faham lagi. Kawan aku bukan main sampai mau tergolek ke padang ketawakan aku yang tidak tahu apa tu Ketuk Ketampi! -,-

Lepas habis "joging" keliling padang tu, baru aku tanya dan jelaskan kepada Cikgu apa yang aku faham tentang ketuk ketampi tu. Kali ni giliran Cikgu Sudirman pulak ketawa terkekek! Malunya. Lepas Cikgu jelaskan maksud aku lagi teruk menahan malu. Sudah penat, malu lagi! Haiyh badan, haiyh nasib!

Perkara ni berlarutan sampai dekat seminggu. Cikgu Sudirman ceritakan dengan cikgu-cikgu lain di bilik guru. Habis aku diketawakan! -,- Sesuailah pepatah Melayu, Malu bertanya sesat jalan!



Gambar sekadar hiasan *peace*


 ini barulah KETUK KETAMPI!


-,-

xxx
mayyie

Saturday, 11 January 2014

Kelmarin @ Kemarin?

Kelmarin kah kemarin?

Well, nanti saya tengok kamus.

Actually baru-baru ni macam selalu rasa bosan, empty, perasaan macam "emaknenek" risau semacam jer. Yesterday sepatutnya off aku. Sebab hari Sabtu, hanya saya seorang sahaja yang dapat cuti hari Sabtu. :)

Tapi, kelmarin/kemarin saya turun kerja jugalah setengah hari untuk bagi laporan hasil jualan dengan pihak atasan saya. mungkin sekitar pukul 12.10 minit baru saya dapat check out, sebab akhirnya boss setuju saya tak perlu hadir sama dalam meeting (Nampak sangat tak penting!) HAHA.

Saya menaiki teksi menuju ke Sabindo Plaza. (Sabindo sebenarnya adalah gabungan Sabah dan Indonesia)
Sebenarnya saya jarang juga dapat luangkan masa dengan diri sendiri. Selalunya duduk rumah jer, duduk rumah, kemas rumah, basuh kain, baca novel, menghayal, buka peti ais, tutup peti ais dan tidur. Lepas bangun tidur cycle balik macam tadi. Kecuali masa berkerja lah. So boleh cakaplah, masa saya kerja, rumah, kerja rumah. HEHEHE.

Nak ke Sabindo sebab mau jumpa Anne. Janji nak jumpa sebab nak teman dia pergi buat facial. Dia pun jemput aku ikut sekali facial tu sebab ada offer, RM50 je. Sementara tunggu Anne habis time kerja, aku pun lepak di kedai jual teddy bear! Haiyh, tak siap lagi Anne, aku pun pergi naik kedai buku tengok novel. (novel lagi, dirumah ada dua buah lagi masih baru) Tapi aku beli juga sebuah. Novel bertajuk "Pelindung Cinta" Mak aii. -,- dasar kaki novel!

Okay, blablablabla! Bapa Anne pun drive kami pergi rumah diorang dulu. Tungu giliran kami untuk pergi facial. Kami lepak dulu lah dalam bilik Anne. Macam-macam kami cerita. Anne macam biasalah duduk kompelin aku kenapa tak pakai make up, touch up sana, touch up sini. HEHE. Kawan aku semua cantik-cantik, aku jer muka macam apakah jadah. Eh, taklah, I'm simple bah. :)

Nah kan, tak jadi pergi facial. Ramai orang berbaris. -,- zzzZZZ

Okay, guess where am I lepas tu?

Tak tahu nak buat apa lagi. Aku pun buang tabiat pergi melalak (menyanyi) di K-Box. Tak pernah-pernah aku buat ni. Seumur hidup aku tak pernah masuk K-Box (tak lah teruk sangat, saja nak release tension) Ah aku nyanyilah lagu Agnes Monica (wasseh!) Adele (HAHAHA) Rihanna (-,-) dan macam-macam lagi lagu artis habis aku rosakkan. HEHEHE.

Lepas tu pukul 9 malam aku selamat sampai dirumah :")

Makan, sebab sis and bro sudah masakkan. Untungnya aku. Basuh pinggan and novel sekejap. And tumbang! zzZZZZ

xxx
Mayyie

Thursday, 9 January 2014

Hamba Cinta :')


Cinta.

Cinta diantara dua insan. 

Seorang gadis yang tidak pernah mengenal dunia cinta. Seawalnya hanya memahami bahawa Cinta wujud diantara dua insan yang jatuh hati antara satu sama lain, saling menyayangi, saling memerlukan, dunia seperti berputar 360 darjah, dimana dua insan saling menabur ayat cinta saling berebut-rebut membuktikan kesaktian dan kesetiaan cinta mereka. Dimana, kecemburuan adalah salah satu kebahagiaan yang tiada tandingan, bermakna dimana ada cemburu disitu ada sayang. Yang duka menjadi manis, yang pahit berubah rasa, air mata kebahagiaan kerana sentiasa ada si dia akan menghapusnya. Indahnya Cinta.

Bila diriku disoal oleh seorang insan bergelar Abang dalam hidupku ; 

" Kamu suka dia? Sayang dia? Kenapa ? "

Aku hanya mendiamkan diri. Dalam hati, dalam otak berlegar-legar jawapan yang ingin aku suarakan. Tetapi hanya air mata yang laju mengalir jatuh ke pipi si gadis.

Sekali lagi insan bergelar Abang cuba memuaskan hatinya dengan menyoal ;

" Kamu sendiri tidak pasti apa yang kamu rasa? Kamu pasti dia yang terbaik? Sebaik-baik lelaki dia tidak akan membiarkan kamu menangis "

Aku seperti terpukul dengan amarah Abang. 

Aku cuba memahami diriku, cuba memahami. Cuba memahami.......

Kini aku faham, kenapa aku masih tidak boleh menerima mana-mana insan yang cuba mendekati diri ini.

ASAJ aku sangat menyayangi dia.Kami bermula dengan sahabat, menjadi akrab dan timbul perasaan lain. Selama hampir 3 tahun bersamanya, seorang lelaki pun tidak dapat mengubah perasaan sayang ku. Ya, mungkin ada kebenaraan ketika Abang mengatakan mungkin aku sendiri tidak pasti dengan perasaan ku. Aku dibuai bunga-bunga cinta. Haha. Itu kata orang luar. Namun aku pasti, seteruk mana pun dia, sejahat mana pun dia, aku yakin aku masih menyayanginya. Selama 5 tahun perkenalan kami, mana mungkin kah aku dapat membuangnya secepat mungkin. Aku sudah cuba melupakan, melupakan, melupakan, namun bayangnya semakin dekat. Semakin jelas. Kalau mungkin ada mesin jodoh, mungkin sekarang juga aku sudah boleh tahu, sama ada diakah jodohku? Lelaki yang paling akrab dengan aku, tahu baik burukku, tahu masalah aku, kelemahan ku, kemalasan ku. Aku ingat lagi dia nyanyi lagu Maher Zain di hadapanku, senyumannya, gelaknya melihat mukaku yang kemerahan, kemudian berkata : I'm not singing this for you. HAHA. Aktif dengan kenakalannya membuli aku, namun dia juga pengubat dukaku. Tidak pernah gagal memujukku. :')

Aku mengaku.

I love you sincerely, no matter who you are ( ops! aku dah tahu dia siapa pun) through good and bad times, beyond love and hates, my love are more strong. Through your annoying attitude, you still can make me smile. Remember how I cry in front of you? you said I really look ugly and I burst into laughter and you smile, You never really showed what you feel, but remember how you throw your phone, your helmet when there is one man hug me in front of the Pizza shop? That was my dad you idiot! you said I can find another guy to replace you, but you always get jealous with my guy's contact. You even test me, you put one "darling" name in my contact list and said that I cheat on you. I explain so much until i can't explain and then you burst into loud laughter. How could you :') I love you! I wanted to eat ice cream at night, and you scold me, but then you still show up infront of my house with those sweet mango :') You cooked for me, you sometimes send me some Maggie cup late at night to let me have some supper. Force me to wake up at night to go out dinner with you. :') I can't never forget that. I was always busy at work, but I have to lie my boss and went out with you. I am so sleepy but forced my eyes to stay up just to talk with you in the phone at the end i fall asleep. :") I never forget how we really love to eat at one restaurant that prepare grill fish for us. Now not even one of us dare to go in there. :') I really miss you. i miss you! when you were involved in an accident, I went to meet you always, you still try to stand up and dance to cheer me up. remember that? How you look at me when i clean your wounds, i know you are watching me, but I like to pretend. Before I'm leaving you want me to come back as soon as possible. :') please turn back time! Please! 
Namun janganlah kita abdikan diri kita dengan Cinta, sekiranya dia jodoh kita, takkan kemana.
Aku sentiasa berdoa dan memohon kekuatan dalam diri ini. :') 

I really love you ASAJ.

xxx
Mayyie