Song

Sunday, 8 December 2013

Knowing me, myself and I

Okay, kali ini rasa macam mau membebel jak pasal diri aku.
Nak post di FB macam tak muat. Malas juga post sana.

Kenapa aku nak cakap pasal diri aku? Sebab aku dah bosan! Orang yang dahulu kalanya selalu ada untuk aku, kini sudah tidak ada, sahabat sejati aku dari zaman teletubbies dahulu sudah continue study di KL, dia memang busy la sana, kadang2 kami contact juga , tapi dalam telefon jarang dapat cerita banyak. Aku pun macam sudah hilang semangat juga cerita dengan dia, entah kenapa. Tapi, aku tahu dia masih sentiasa ada untuk aku. Doakan aku ya kawan :')

Nama saya May Diaz. Orang panggil saya May. Memang akan selalu kena ejek la dengan nama ni, orang yang baru kenal pun mesti akan tanya, "May?, May ada berapa orang adik beradik? So yang lain tu nama apa? June, July?" Tak pun, paling kurang ajar "Kenapa parents bagi nama May? banyak ke adik beradik sampai takut tak ingat nama?" :) kurang sopan la bagi aku. Ni sampai sebut2 hal parents aku ni kenapa? Aku sendiri tak tanya nama kamu yang kadang2 berbin atau berbinti Abdul Mani, Sangka, dan sebagainya. 

Aku jenis yang sensitif jugalah, aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, aku kalah dalam game pun nangis. Eh, salah kalau dalam bab ni bukan sensitif ini CENGENG! whatever, banyak benda yang boleh menyentuh perasaan aku. Macam tengok orang minta sedekah tepi jalan tu, budak kecik tak berselipar, orang tua menjual roti, yang menjual rokok pun aku kasihan. Biasalah, mungkin begitu sensitif. Tapi, aku perhatikan, bila sudah meningkat dewasa ni aku dah tahu kawal perasaan aku. Pernah nangis pun ketika rindukan keluarga, maklumlah duduk berjauhan, tapi lama-lama tu sudah kebah la perasaan. Kejam aku rasa aku jadi macam ni. Pernah juga menangis teruk sangat, semasa putus cinta! Haha. Ambik kau remaja!

Macam-macam perkara aku sudah lalui, aku jenis yang independent jugalah, Aku jarang berharap dengan orang lain, tapi kalau kes "manja" itu lain. Kalau bulu aku dah naik, mampus lah siapa yang aku manja tu! Tapi, jaranglah, hanya kes-kes tertentu sahaja. Aku tak berapa selesa dengan kes manja-manja atau memanjakan orang. Ops! tengok keadaan dan orangnya, kalau anak kecil, yalah tu. Aku suka. Kalau bf? HAHA LAGI LAH SUKA! gila tak suka! Tipu tu!

Kalau bab penampilan, Hm... Orang selalunya kompelin yang aku terlalu simple. Mungkin sebab aku tak pakai make up. Ya, aku tak guna semua tu, eye shadow, blusher, blablabla , no I don't and I don't know. How Pathetic! Well, lantaklah apa orang nak kata. This is me. :) *senyum mata winkwink*
Tapi, kalau bab pakaian, HAH! situ aku memang cerewet, bukan nak over apa, tapi aku tak suka guna sesuatu yang menjolok mata, yang ter-over ketat, lepas tu aku prefer Jeans and T. Dulu aku memang tak reti dan tak hendak guna heels tu. Tapi sekarang I dah pandai tahu? *tangan atas bahu ala-ala pondan* Yalah, tapi tidaklah sehebat chicks sexy diluar tu. Aku masih dalam safety user punya. tengok tempat dan situasi, kalau nak kena ayu tu kenalah pakai heels. Kalau macam mau bergerak cepat, pantas, baik tak payah! Pakai jelah kasut tu! :)

Rambut? HAH! ini lagi bab gila aku. I hate love my hair! Yep, kadang2 aku geram, kadang2 aku suka sangat. Yang aku geram? sebab orang susah nak ikat rambut aku diorang kata too soft! *ngehehehe* Yang aku suka? Sebab dia halussssss :) *muntah*
Aku pernah jaga rambut sepanjang paras pinggang aku, pernah potong sehingga atas bahu aku. Masa kecik2 dulu, nenek aku suka potong ikut suka hati dia style macam Dora the Explorer tu pun ada, tomboy, HAHA tapi sekrang rambut aku lebih paras bahu lah. Potong lurus jak. No style you can say. :)

Pasal bf? Err. Right now Im single. Takut membuka hati lagi. HAHA. Not funny.

Pasal budi pekerti atau sikap ni. Aku akui aku kadang2 panas baran jugak. Tengoklah dengan sikap orang. Selalunya aku tak boleh terima kalu dia kurang ajar sangat. Especially kalau kurang ajar dengan orang tua. NO WAY! Kalau sampai ada orang yang buat begitu depan aku, atau dengan orang tua aku? pandailah aku kerjakan. Hidup biar simple tapi hormat lah orang lain. Kan? Dan aku juga paling pantang orang teriakan aku, sama ada aku takut dengan suara besar atau aku tak suka , aku tak pasti mana satu. Biarlah, bila namanya kurang ajar, perlu dibetulkan. :)

Apalagi eh? Hm, aku sangat sayang semua orang. Tak kira bangsa atau agama. Tapi, kalau orang tu sudah macam ambil kesempatan dengan aku, aku mungkin akan ambil langkah-langkah untuk menyelamatkan diri. Aku suka dengar gosip tapi tak suka bergosip. Entah tidak pasti. Aku suka bantu orang yang kesusahan. Pernah sekali aku fikir nak belanjakan duit aku untuk beli makanan dan kemudian agihkan kepada orang-orang yang memerlukan. Tapi, aku belum mendapat sokongan dari mana-mana pihak. Dulu sebenarnya angan-angan ni dicipata bersama insan yang disayangi, tapi bila something terpelanting happen, terpaksa aku tangguhkan. 

Okay, I need to stop right now. Siapa pun kita, belajarlah menerima dan memperbaiki sikap. Berbuat baik, selebihnya urusan-Nya :)

Love you alls!

xxx
mayyie 



Friday, 6 December 2013

I just love him. I love him!!!!


I'm still thinking of the same guy, same guy, the only guy.
He is tall, not so tall. Handsome, but Brad Pitt is still the hottest. But he is adorable. I like him, his apperance, his attitude, the way he talk, the way he smile, the way he looks at me. The way he call my name. God!
 I just still have a long list of super true feeling of him. I hate that song "Someone like you" No, I can't get someone like him. :'(
He is not really that good guy.
He is never have the nicest finest melts words to talk to me. But he is someone that makes me love all what ever he said.
He never bought me any flower, not a teddy bear. But, he did presents me a bag of ripe mango. Something that I really really love to eat. Of course I still want the flower, whoever girls on earth that say no? But, I guess he thinks logic. He want something that is real. Something my favourite. That I won't waste any. Delicious!
He respect his parents. He loves them. He could sacrifice anything for them.
He is sometimes romantic.
He loves to be pampered not controlled.
His smile.
His smells.
His things.
His Jeans.
His watch.
His wallet.

We've been together like 3 years. And could he just be my soul mate? Some one that I can live everyday with, God? Can you please make us together? :'(
But, what I know. He can't never be replaced. Never.
Take care always.
:'(
xxx
mayyie

Monday, 2 December 2013

LYMA


Kali ni update pasal novel ni lagi lah! 

Memang aku tak habis baca lagi. Sibuk sangat dengan kerja, balik rumah kena luangkan masa dengan keluarga angkat dirumah. Makan, borak, kemas dapur, mandi and poop! dah pukul berapa? esok bangun kalau sempat then baru dapat buka novel ni. Itupun kalau bangun awal! Hehehe

Novel ni best jugak, best masa si Irham dengan Zaara tu gaduh. Hahaha! Tapi ada juga saat-saat romantik diorang ni. <3

Kebanyakan cerita sekarang ni semua berkisarkan tentang perkahwinan yang tidak terancang kan? Lepas tu dalam dunia rumah tangga pelbagai adegan lucu, benci ada. At the end jatuh hati antara satu sama lain . Romantiknya.

Aku suka baca novel yang lebih kurang macam ni lah, tapi mungkin lepas ni akan cari novel yang kahwin atas dasar cinta pula walaupun menempuhi pelbagai dugaan. Oh! Apa kata tentang cinta berlainan agama? Macam saya? Apakah endingnya? Hihihi. Perempuan. Perempuan. Angan-angan.

Bagaimana pula kalau saya sahaja lah yang cipta jalan cerita itu sendiri. Belajar menulis dan mudah-mudahan boleh buat novel? Bolehkah? Hehe. 

Usaha tangga kejayaan Cik May!

Anyway, credits to the writer. This is awesome stories. Love it. I bought it with my own money, so hope that means supporting you! Will continue reading your books <3 Chayok! Chayok!

Till then,

xxx
mayyie

Wednesday, 27 November 2013

Novelista!



Currently, Currently! CURRENTLY reading this <3

Novel yang diadaptasi ke drama : Love you Mr. Arrogant!
Novel ini aku beli masa aku demam hari tu, seriously orang kalau gila novel memang tak kisah masa, demam pun perlu beli jika mahu. :)

Lagi satu cerita ni sudah menjadi buah mulut orang. Cerita ni best lah, romantik gila lah. Tak tahan aku dengar. Hehe. Lagi pula, aku takder Tv di rumah bah -,- Halal lah aku beli buku ni. Sebab tak dapat tengok dramanya :(

Anyway, cerita ni, biasa jak. Macam drama2 sebelum ni. Gaduh-gaduh sayang. Ceehhh... dalam dunia nyata kita ada lagi kah macam ni? Ada kah? Susah mau jawab kan? Let's just wait and see.. 
Hm, perlu kah aku update pasal cerita ni? ? ? ? Hehe. Kita tengoklah nanti mood "Blog" aku macamana..

It's almost 10pm. Jom balik!

p/s : Hari ni saja OT sebab dirumah no electric :(

Harap2 balik nanti adalah tu. Pray for me guys, gals!

xxx
Mayyie 

Introduction

Okay. Here we go! 


Macam yang kamu baca profile aku tu, My name is May Martinez Diaz. Umur 21tahun. Hobi? Membaca, menghayal, HAHA! Okay, tak payah susah-susah kenal aku. Panggil sahaja la aku May.

May. Yep, May. Bulan 5 -,-Worldwide. Simple.

Banyak guna nama ni.Klu ikutkan cerita or history aku sejak lahir.Papa  aku cakap, datuk aku yang namakan. Biasa dulu2 mmg macam ni la kan.  First born baby harus org “kuat” dalam keluarga yang namakan. Extra, I don’t even know my grandpa’s name sebelah ayah aku la. FAIL. Nanti  Tanya papa. Tapi rasanya nama aku diambil sebab aku lahir bulan 5 kot. Hebat , jimat idea grandpa aku. =) Blog ni? BIG THANKS to my favorite  Arabian girl. Sebab blog ni dia yang buatkan. Blog sebelum ni sudah  bersarang, lepas tu dah tak aktif, aku pun sudah lupa password. HIHI. So, kebetulan this cute Arabian girl buka blog dia, aku pun rasa mau start  menulis balik. So,minta dia tlg design kan. Thank you Jar’iah! <3  Nanti lepas gaji aku  belanja k?


I said TRAVEL WOMAN sebab aku suka travel. Suka bergerak la kali ayat  yang sesuai. Lagipun, aku jenis orang yang suka sesuatu yang mencabar,  sesuatu yang baru, sesuatu yang lain daripada yang lain. Mcam HOT saja? Ceh! No seriously No. Kalau aku dah sampai pergi Paris kah, NZ kah, yang yang yang yang …. Barulah HOT. HEHE -,-


Boyfriend? Atau Suami. Takda bf pun, kahwin pun belum. Cinta sesuatu      yang mulia bagi aku. So, pasal pilih lelaki ni, I want someone yang aku  betul2 cinta, yang juga cinta aku. Kalau sudah mau bawa ke suami tu  setiap wanita perlu seseorang yang boleh membimbing mereka,  melindungi, dan menyara kita. Guys korang mmg kena kerja keras.   Dan, sebagai perempuan pun dalam percintaan harus hormat kepada  lelaki. Taat. Lelaki tunduk dengan perempuan dia? Itu sangat tidak patut. Sepatutnya bukan tunduk tapi, sayangi perempuan itu. Otomatik semua  jalan!


Apalagi? Mengantuk dah ni. Still early ni, tapi lepas ni ada meeting. 


I’ll write later.Luv ya!


xxx Mayyie